Saturday, February 12, 2011

merarau

bihun sup - versi kuning

... tengah hari "menguningkan" bihun, malas ke kedai membeli lobak masin tetapi menggantikannya dengan udang kering yang dicelur; dan masih juga malas menggoreng kacang tanah.
... 3.30 petang Nazhan telefon minta belikan baju Raihan untuk majlis perarakan Maulidur Rasul pada 15 Feb. Saya terus mengambil twin dan membawa mereka ke Taman Melewar untuk membeli baju Raihan putih dan jubah putih. Kemudian Nazhan singgah di kedai Hari-Hari membeli slack hitam. Saya tidak temankan mereka kerana sakit pinggang.
... 5.00 petang seperti biasa ada kelas.
... malam Farhah tidak mahu makan malam jadi ayam goreng ala mamak tidak digoreng, goreng esok pagi sebelum dia ke tuisyen.

No comments:

Post a Comment