Pertama kali diperkenalkan Miang Kham pada jamuan hari raya 2009
Gambar Miang Kham untuk tingkat 24
Gambar Miang Kham untuk Hairani dan staf tingkat 21
Gambar sebenar lupa ambil, ini gambar lama tapi tak cukup set.
Nanti saya cari gambar lain.
Saya telah uplaod gambar-gambar di atas.
Resipi: (perlu ada 8 benda untuk cukup satu set)
1. daun kaduk (ramai yang bertanya mana nak dapat, saya pun ada masalah, fikir-fikirlah sendiri mana nak cari)
2. kelapa - ketuk, kopek, buang kulit ari dan sangai sampai kering @ kuning
3. kacang - goreng dan buang kulit
4. halia - dadu
5. limau nipis - dadu
6. udang kering - rendam air panas dan tos
7. cili padi - potong
8. KUAH:
2-3 ketul gula kabung (1 pek)
1 mug air
2 bawang putih - tumbuk tak perlu hancur
3 bawang merah- tumbuk tak perlu hancur (kalau malas guna bawang besar - agak-agak le)
1 serai - ketuk
3-7 sudu makan sos ikan (saya guna 1 senduk, mula agak-agak kemudian boleh tambah)
3 sudu gula pasir
3 sudu gula pasir
*** masak dengan api kecil sehingga pekat dan bawang bertukar warna jernih seperti halwa. Kalau menggunakan api kuat, berjaga-jaga sebab kuah akan meruap. Bila sejuk jika kuah menjadi pekat, cuma tambah air panas sahaja.
Guna corong supaya mudah untuk dimasukkan kuah ke dalam botol. Masuk dalam bekas tupperware pun boleh cuma kuah pekat, berlemoih tutup tupperware.
Isy, isy, isy berleter pulak ye...
Isy, isy, isy berleter pulak ye...
***Anekdot
Ketika memasak kuah, aromanya sungguh sedap... Saya memang suka aromanya.
***Peringatan
- Buatlah minuman yang sedap, manis dan dingin daripada buah limau nipis yang masam.
- Orang yang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang yang bodoh akan membuat kerugian menjadi kemuflisan.
No comments:
Post a Comment