Thursday, February 10, 2011

terkejut


pagi - terkejut mendengar berita Azilah patah tangan kerana kemalangan motosikal bersama-sama suaminya tetapi suaminya luka sedikit sahaja. Pagi ini Suhana belanja sarapan; talam tokyo Bukit Mahkota, Bangi.
tengah hari - melawat Azilah di bilik 508 di Hospital Ampang Putri bertemu Azira (anak Ann), Pak cik Fadzil (ayah Rozita) dan Dr Azlin (kawan SMSK). Di pejabat pula jumpa Latifah (sepupu) yang datang berjumpa Norawati kerana urusan insurans.
petang - kelaziman/rutin berbuka puasa dan bacaan Yasin di Surau al-Mutaqim Lembah Keramat bersama pelajar tahfiz Darul Quran wal Hadis. Selepas Isyak - solat hajat untuk memohon kelancaran semua acara Maulidur Rasul dan zikir Haddad.
Acara sepanjang Maulidur Rasul
13.2.2011 - gotong-royong membersih surau
15.2.2011
- 8.00 pagi Perarakan Menjunjung Kasih ke atas Rasullullah SAW (jamuan disediakan)
- 9.00 pagi ceramah muslimat oleh Ustazah Nurulhafizah (jamuan disediakan)
- 12.00 tengah hari jamuan (1 lembu, 5 kambing, aiskrim Mingo-Mingo)
- 2.00 petang Program Maulidur Rasul khas untuk Remaja bersama Sdr. Idzhar dan Kumpulan Nasyid Nowseeheart
- 8.00 malam Ceramah Perdana oleh Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid
18.2.2011 - Forum Perdana - Ustaz Khazim Elias, Ustaz Yusaini Yahya dan Ustaz Zukifli Ahmad
23.2.2011 - Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Ghazali

No comments:

Post a Comment