Monday, April 9, 2012

Universiti As Sofa

Majlis Pemasyuran Penubuhan Universiti As-Sofa 7 April 2012


**Anekdot
7 April 2011 - Sejarah baru dunia Islam terlakar pada hari ini dengan penubuhan secara rasmi Universiti As-Sofa sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang sepenuhnya berteraskan prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah. Majlis Pemasyuran Penubuhan Universiti As-Sofa telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merangkap Canselor Universiti As-Sofa, di kampus Universiti As-Sofa di Dataran Sentral, Seremban, Negeri Sembilan.
Turut hadir menyempurnakan majlis adalah YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz serta YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz. Menyaksikan majlis pemasyhuran tersebut adalah Pengerusi Majlis Universiti As-Sofa, Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki, Naib Canselor Universiti As-Sofa, Tuan Haji Dr. Yusri bin Dato' Mohamad, Ahli Majlis Universiti As-Sofa, serta barisan ulama yang mewakili institusi-institusi besar Islam di seluruh dunia.

- dipetik daripada Laman Web Rasmi Yayasan As-Sofa, Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment