Friday, April 13, 2012

but-but

gambar ehsan Goggle Images






Nama Tempatan:  Burung But-But
Nama Saintifik:  Centropus sinensis
Lokasi dijumpai:  Semenanjung Malaysia.

Keterangan: Burung but-but adalah haiwan berdarah panas yang mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah.  Burung ini juga mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung burung but-but terdiri daripada empat bahagian seperti manusia. Bahagian atas dikenali sebagai atria, sementara bahagian bawah dikenali sebagai ventrikle. Burung but-but ini membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras. Ia membuat sarang di dalam semak yang dipenuhi dengan timbunan batang kayu atau pokok-pokok kecil yang tumbuh rapat dan redup. Burung but-but dilihat lebih selesa berjalan di atas tanah untuk mencari makanan. Makanan kegemarannya adalah berupa pucuk pisang muda dan hempulur pisang. Keistimewaan burung ini adalah pada air liurnya yang mampu memulihkan kepatahan dan terseliuh. 

Kegunaan:
Ramai pengamal perubatan tidak mengetahui bahawa terdapat beberapa organ terpenting pada burung but-but yang amat berkesan untuk menghilangkan kebas-kebas dan lenguh-lenguh, sekaligus membetulkan urat-urat setelah patah,  Ini disebabkan mereka hanya membuat kajian tentang tumbuhan herba yang diambil oleh burung untuk memulihkan anaknya sahaja, malahan tidak pula pada burung but-but yang sebenarnya. Perkara ini disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan burung tersebut. Namun demikian, ia perlu dimasak dengan minyak yang dicampur bahan herba untuk mengurut.  Sebaiknya bahan herba yang dicampurkan ialah tumbuhan yang dapat menyembuhkan kaki anaknya apabila patah dan rempah ratus (100 jenis herba), rempah ratus diperlukan untuk membuang angin dan melancarkan kembali peredaran darah dalam urat ketika patah. Kajian tradisional juga mendapati minyak but-but dan herba hanya untuk mengurut dan memulihkan tulang yang patah sahaja dan tidak berupaya menyembuhkan luka-luka dengan pantas. Oleh itu, ia perlulah diadun dengan gamat untuk menyembuhkan luka.  

No comments:

Post a Comment