Pelatih tahun 4 Lim, yang mengendalikan kes saya ini. Setiap gigi saya memang bermasalah, boleh dikatakan ada lubang kecil pada setiap gigi. Pensyarah beliau menghendaki semua tampalan pada gigi saya dibuat semula - mungkin sudah lama. Juga beliau mencadangkan saya dirujuk di bahagian yang mengendalikan rawatan gusi pula (hai banyak sungguh masalah).
Lim telah mencuci gigi saya sehingga "bersih" sekitar 40 minit, membuat x-ray sebanyak 4 kali (kanan, kiri, depan dan belakang dalam mulut), meletakkan sejenis ubat biru untuk melihat plak baru dan lama, menggunakan sejenis alat seperti pen untuk memeriksa gigi tetapi sampai menggetarkan otak saya bagi mengetahui gigi masih hidup dan menyapu sejenis cecair yang juga boleh menggetarkan otak saya he he he (menakutkan bunyinya).
Memang puas hati kerana gigi dan gusi saya memang bermasalah. Rawatan asal ROOT CANAL belum dilakukan dan belum pun diusik lagi. Saya bercadang untuk membuat BRIDGE sekali. Dari pukul 9.30 pagi hingga 12.10 tengah hari baru selesai.
Temu janji seterusnya 8 Mei 10.00 pagi dan 14 Mei 2.00 petang. Dianggarkan sekitar 5-6 kali rawatan atau mungkin lebih!
Saya disyorkan menggosok gigi menggunakan berus halus dan lembut, ubat gigi sensitif, floss, ubat kumur dan berus gigi jenis interdental (macam skrew driver) seperti ini:
floss
Semua yang disyorkan memang ada - ubat gigi Sensodyne rapid relief, berus gigi Colgate 360, floss Oral-B, ubat kumur Colgate pepermint dan interdental juga jenama Oral-B (RM9.00 dengan mata 2 berus).
Yang betul-betul saya guna - ubat gigi dan berus gigi, maknanya malas he he he...
Yang betul-betul saya guna - ubat gigi dan berus gigi, maknanya malas he he he...
gambar ehsan Goggle Images
No comments:
Post a Comment