...
Resipi:
Isi Ayam:
400 gm isi ayam kisar
3 biji tomato - dadu
2 sudu makan cili giling
2 sudu tomato sos
2 biji bawang besar - dadu
1 cawan sayur campur beku
- panas minyak zaiton
- masuk sedikit bawang
- masuk cili giling
- masuk isi ayam
- masuk semua dan masak sehingga kering
* boleh tambah sos tomato jika tidak menggunakan buah tomato
* boleh ganti sayur campur beku dengan cendawan
Sos Bachamel:
2 sudu makan mentega
4 sudu tepung
2 telur
2 cawan susu
1 cawan air
- panas mentega
- masuk tepung
- masuk cecair
- masuk telur
- sentiasa kacau
* boleh ditiadakan air ganti susu
* juga ditiadakan telur ganti keju
* saya tambah air dan telur kerana nak kurangkan lemak
Persembahan:
- sapu minyak pada bekas/tin pembakar
- letak kepingan lasagne
- tabur isi ayam
- letak sos bachamel
- ulang lapis lasagne, isi ayam dan sos bachamel hingga habis
- tabur keju
- bakar 200 cecius 20-30 minit
No comments:
Post a Comment