Friday, September 2, 2011

tebing sungai Parit Buntar Perak

Di kedua-dua belah tebing Sungai Kerian sama ada Bandar Bahru atau Parit Buntar banyak dijalankan aktiviti mendapatkan sarang burung layang-layang. Ketika saya mengambil permadangan ini waktu hampir senja, kelihatan burung berterbangan.
Kelihatan dalam gambar beberapa bangunan khas, rumah, rumah kedai, panggung wayang yang telah ditukar menjadi pusat mendapatkan sarang burung berkenaan. Di belakang rumah saya sahaja terdapat 3 bangunan rumah kedai yang dijadikan tempat tumpuan burung berkenaan. Tetapi semua bergantung kepada rezeki, ada yang tidak seekor pun burung yang singgah di situ dan ada yang menjadi tumpuan.
Setiap petang, akan kedengaran bunyi (pita kaset agaknya) memanggil burung layang-layang ini. Saya dimaklumkan bahawa burung betina yang menjadi penentu di mana burung jantan akan singgah di sarang yang dipilih oleh burung betina.
Sekilo sarang burung layang-layang berharga ??? (nanti saya dapatkan maklumatnya)

pemandangan arah Bandar Bahru Kedah

hanya terdapat sebuah pentas

jambatan yang menghubungkan kedua-dua negeri





tempat rekreasi banyak terdapat di sini







No comments:

Post a Comment