Saturday, September 24, 2011

rumah terbuka... 1

...Kepung

pintu utama


pintu kedua

tuan rumah - tauke restoran
makanan dari katering sendiri

MEMANG SEDAP


tetamu

tujuh buah khemah

mi & kuetiau



tosai





martabak & roti jala




kuih dan manisan:
kek, wajik, bingka ubi, kuih bakar, bingka roti,
karipap, samosa, popia goreng,
bubur nasi & geymat


bubur nasi

saya belum pernah rasa
tetapi selalu lihat dalam filem hindustan/tamil

geymat - pernah makan di Mekah 1988

KL dijual di kedai orang India
terutama di (LA) Jalan Lebuh Ampang

ADC ...DEF...Z


lemang, nasi himpit, rendang, serunding & buah-buahan


minuman


nasi lemak




laksa utara



beriani dan roti naan



kambing

kari vege


ayam

sos pudina dan susu/tairu

ulaman




biskut raya


deman - makan sedikit kerana teringin...

naan, kari kekacang, kambing dan sos

paksa juga makan

bubur nasi + susu... rasa...!
sedikit rasa rempah, kekacang lebih rasa badam
makan untuk mengetahui rasanya

wajik, bingka ubi,nak tahu rasa geymat...!!!
berasa lemak susu dan tersangat manis
saya selalu kata baklava tetapi namanya geymat





***Anekdot 1
Pertama kali saya menghadiri majlis rumah terbuka saya mengagumi tetamu yang hadir. Kebanyakannyaa terdiri daripada kaum keturunan mamak (India muslim) yang begitu ramai, selain itu ramai juga kaum India dan Cina. Kaum Melayu tidak begitu ramai dan saya difahamkan keluarga daripada keluarga mamak ini biasanya mereka akan berada lama di sesuatu majlis yang melibatkan kaum keluarga. Bagi saya mungkin inilah masanya mereka dapat bertemu dan bermesra dengan saudara mara yang lain.
Majlis berlangsung dari 2.00 petang hingga 10.00 malam. Menurut tua rumah, waktu saya berada ini dikira masih belum ramai, akan ada nanti waktu puncak kehadiran mereka. Melihatkan susun atur meja dan kerusi, terdapat ruang yang hanya diletakkan kerusi mengelilingi khemah. Saudara mara dan kenalan yang ramai, bermungkinan kerana mereka pengusaha restoran dan katering.

***Anekdot 2
Saya mengikuti seorang rakan ke rumah terbuka kenalannya. Pada mulanya saya terasa seperti kami tersalah rumah memandangkan hiasan pintu masuk, khemah yang mewah dengan hiasan candeliar, lampu kelip-kelip dan bunga segar. Pelbagai pilihan juadah untuk tetamu dan duit raya untuk tetamu kecil. Terima kasih daun keladi.

TERIMA KASIH SALIM, KAS & ATI

No comments:

Post a Comment