Monday, September 19, 2011

tetamu petang

Ming (sepupu) menelefon sekitar 5.30 petang dan ingin bertandang ke rumah bersama Amy (Misnah) dulunya rakan serumah ketika kami masih anak dara. Saya sempat membeli lemang panas berhampiran Zoo Negara. Kemudian Ming menghantar sms tidak dapat datang kerana gear kereta Amy bermasalah dan mereka berpatah balik. Saya sms Ming semula memberitahunya yang saya telahpun menyediakan miang kham, lalu Ming muncul depan rumah saya sekitar 6.20 petang.
Kami sempat berbual sehingga 7.00 petang kerana Ming perlu mengambil anaknya di sekolah dan saya juga perlu ke Surau Al-Mustaqim bersama-sama girls - iftar.
Selepas hari raya, iftar diadakan juga pada hari Isnin (kebiasaan hanya pada hari Khamis).



serunding ikan - Nazreena buat


mencari gambar yang terbaik
masalahnya kamera tidak yang terbaik he he he

2 comments:

  1. wah sedapnya kak..nyum2...mingkam...ada resepi tak serunding ikan tuh..hehe

    ReplyDelete
  2. Resipi:
    ikan kembung 1kg
    ikan sardin 1 kg
    santan 2kg (lagi banyak lagi sedap)
    serai
    lengkuas
    halia
    bawang
    daun kunyit
    kerisik
    cili mesin
    garam
    - ikan rebus dan buang tulang
    - blend semua bahan
    - masak naik dalam kuali
    - akhir masuk daun kunyit & kerisik

    ReplyDelete