masak nasi seperti ini...
periuk @ kaleng & penapis
(kaleng daripada aluminium atau tembaga)
(penapis unik daripada buluh)
periuk @ kaleng & penapis
(kaleng daripada aluminium atau tembaga)
(penapis unik daripada buluh)
... banyakkkkkk prosesnya (baca di anekdot)
setelah 1 jam kukus & 1 jam kacau
kukus 30 minit lagi
... dan ketika panas-panas & berwap-wap
setelah 1 jam kukus & 1 jam kacau
kukus 30 minit lagi
... dan ketika panas-panas & berwap-wap
menggunakan kipas tangan "enggak boleh" guna yang elektrik
baruuuuu... boleh makannnnn
***Anekdot 1
Tahun 2000 saya ke Jakarta menghadiri seminar, kebetulan saya perlu pergi awal kerana urusan pendaftaran lalu saya bermalam di rumah kak kepada pembatu saya selama 4 malam. Mereka tinggal di Chengkareng lebih kurang 15 minit dari Lapangan Terbang Sukarno Hatta.
Saya hendak kongsi pengalaman melihat IBU ini memasak nasi:
PROSESNYA:
1. Kukus beras selama 1 jam di dalam sejenis periuk atau kaleng pelbagai saiz yang sangat unik, penapisnya daripada buluh dalam pelbagai saiz.
2. Selepas itu masukkan nasi tadi ke dalam periuk. Dengan menggunakan air dari kaleng ini, masukkan air panas mengikut sukatan beras.
3. Cepat-cepat kacau nasi tadi dan tutup dengan tudung periuk.
4. Setelah 2 minit - kacau dan tutup.
5. Setelah 5 minit - kacau dan tutup.
6. Setelah 10 minit - kacau dan tutup.
7. Setelah 20 minit - kacau dan tutup.
8. Setelah 30 minit - kacau dan tutup.
9. Setelah 45 minit - kacau dan tutup.
10. Tutup 15 minit = 1 jam semuanya proses kacau dan tutup.
11. Kemudian kukus sekali lagi nasi ini selama 30 -45 minit.
12. Angkat dan lakukan proses menyejukkan nasi dengan mengipas menggunakan kipas tangan, sesenduk demi sesenduk. (Kalau banyak - lamalah masanya).
- Nasi ini tahan 2 hari tanpa perlu dikukus semula - tutup dan biar sahaja.
- Saya bertanya "Pernah IBU lupa mengacau nasi ini?" Jawapannya "Belum pernah".
- Katanya kalau dia makan nasi yang menggunakan peruik elektrik, rasa seperti nasi tidak masak dan tidak kenyang.
*** Anekdot 2
Mereka ini dari bangsa Sunda dan inilah teknik memasak nasi yang dilakukan oleh ibu kepada Ida yang tinggal di kampung. Ketika itupun ibunya masih menggunakan teknik yang sama untuk memasak nasi. Saya bertanyakan Ida dan anak-anak IBU ini - mereka tidak tahu memasak nasi cara ini.
Kata anak IBU ini "Petik aje makcik.. udah masak" (suis).
***Anekdot 3
Satu petang IBU ini membuat pisang goreng - setelah pisang digoreng IBU ini meletakkan pisang goreng di atas tuala kecil lalu mengelap minyak goreng ini dan menyelak-nyelak pisang goreng ini sampai ke dalam-dalamnya. Saya makan pisang goreng tanpa sedikitpun minyak.
No comments:
Post a Comment