Friday, September 16, 2011

lontong...?

Ketika saya membuat carian mengenai lontong saya terjumpa banyak cara untuk membuat dan memasak lontong. Ehsan daripada Goggle Image pelbagai cara digunakan bagi membuat lontong, begitu kreatif penggunaan daun pisang dengan pelbagai gaya pembungkusan.
Teknik memasak juga ada kelainannya, ada yang memasak beras sehingga menjadi lontong dan ada yang memasak beras menjadi nasi, kemudian baru dibungkus dalam daun pisang dan direbus lagi.
Teknologi sekarang memudahkan cara memasak lontong bagi negara yang sukar mendapat daun pisang, penggunaan plastik, aluminium foil dan acuan khas lontong telah menghasilkan lontong yang kelihatan lebih putih bersih.
Selain itu, kaedah pemotongan lontong yang dianggap leceh kerana melekit telah mencetusnya idea untuk mencipta alat memotong lontong.
Rumpun Melayu sudah tentunya mempunyai makanan yang sama kerana susur-galur bangsa yang sama cuma persembahannya sahaja yang berbeza, apapun asalnya - memasak beras supaya menjadi lontong...

Kreatif sungguh bangsaku...!!!

alat memotong lontong

acuan khas


penggunaan aluminium foil


penggunaan plastik





pelbagai teknik membungkus

melipat

menyemak dengan lidi









mengikat


memasak nasi terlebih dahulu














akhirnya merebus

Gambar ehsan daripada Goggle Image

No comments:

Post a Comment