Saya pernah makan lepet ini ketika pembantu rumah saya orang Madura, namanya Noor. Rasa lepet lemak tetapi saya suka gaya persembahan melalui teknik pembalutan yang unik.
Pulut yang dimasak dengan santan, ditambah kelapa parut, boleh dicampur kacang atau jagung. Pulut ini kemudiannya dibungkus dengan daun kelapa dengan lidinya sekali kemudian diikat, biasanya diikat segugus-segugus kemudian direbus.

Gambar ehsan Kompasiana
***Anekdot 1
Nor - pembantu rumah selepas Idah hanya berkerja selama 8 bulan sekitar 2004-2005. Pembantu yang paling rajin sehingga saya pun risau hendak selerakkan barang tidak tentu tempat atau mengotorkan bilik air seperti meletak sabun buku, sampu, penyapu dan sebagainya.
Ketika saya membuat biskut dam Nor hanya memerhatikan sahaja, kemudian saya perlu mengambil anak di sekolah, saya tanya sama ada dia ingin mencuba. Tanpa tunjuk ajar saya, Nor menghasilkan biskut dam yang lebih cantik daripada saya.
Yang kasihannya - Nor tidak tahu tarikh lahirnya dan dia tidak tahu membaca kerana kemiskinan. Anak-anak saya menetapkan tarikh 1 Ogos sebagai hari lahirnya kerana bulan Ogos tiada ahli keluarga kami yang menyambut hari lahir. Bagi anak-anak saya, kalau boleh tiap-tiap bulan mesti ada tarikh lahir sesesorang. Hendak sambut hari lahir semua orang dalam rumah.
***Anekdot 2
Bercerita tentang Nor teringat saya, twin semasa kecil memang minta ditukar tarikh hari lahir sebab kata mereka lambat sangat... nun 31 Disember. Mereka hendak bulan APRIL!!!
***Anekdot 2
Bercerita tentang Nor teringat saya, twin semasa kecil memang minta ditukar tarikh hari lahir sebab kata mereka lambat sangat... nun 31 Disember. Mereka hendak bulan APRIL!!!
No comments:
Post a Comment