Friday, September 9, 2011

rendang ayam pencen

Resipi ikhsan Liza Pak Zeck
2 ekor ayam pension (he he he)
(beli sudah disalai dan berlumur kunyit)


buang kulit, basuh:
masak dengan air dan 33 biji cili padi yang di kisar
(guna cili Nor Hashimah)
tambah air


saya ada petua melembutkan daging:
masuk 1/2 sudu teh soda bikabonat
(awas - air akan membuak seperti larutan Eno)


masuk bahan kisar:
6 serai, lengkuas dan sedikit halia


santan 1 kilo = RM5.00


masak lagi (jika perlu tambah air)


... kelihatan berminyak


rebus sampai empuk
api sederhana


saya mula masak : 7.15 malam - 8.45 malam
(kerana terpaksa menghantar Adilah ke tuisyen)
tetapi ayam telah empuk


rasa kuahnya sangat sedap - manis
tetapi garam, gula, kerisik, daun kunyit belum dimasukkan
esok saya beri resipi yeng lebih teratur

ESOK SAMBUNG...

***Anekdot
Menurut Liza, beliau memasak rendang ini dari 11.00 malam - 2 pagi untuk jamuan Bhg. Peristilahan semalam

No comments:

Post a Comment