Saturday, September 3, 2011

tebing sungai Bandar Bahru Kedah

pemandangan arah Parit Buntar

sebelum bertolak ke KL pagi ini, sempat bergambar

jambatan

pentas utama

terdapat 3 pentas dan beberapa tempat rekreasi di Parit Buntar

*Anekdot
Tempat kejadian trajedi feri 13 September 1972 (ketika itu saya berusia 12 tahun). Sudah 39 tahun kejadian tersebut.
Pagi itu saya berpayung bersama Sarbani Yahya serta ayahnya Yahya. Saya bersekolah di Permatang Pasir, Kedah manakala Sarbani (ketika itu berusia 8 tahun) bersekolah di Parit Buntar. Kami berpisah kerana saya perlu mengambil bas ke sekolah saya, manakala Sarbani menaiki bas yang terlibat dalam trajedi itu. Ayahnya sempat menyelamatkan beberapa pelajar sekolah tetapi tidak sempat menyelamatkanya.
27 orang terkorban dalam trajedi tersebut dan selepas itu baru dibina jambatan menghubungkan kedua-dua negeri Kedah dan Perak.

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment