Mesti buat sebab anak-anak suka makan, tetapi sikit sahaja, 5 jenis dan setiap jenis cuma menggunakan 1 buku mentega... sekadar makan anak-beranak
***Anekdot 1
Saya membuat biskut sejak berumur 7 tahun. Ketika berumur 8 tahun dan kakak saya Maziah berumur 9 tahun, kami membuat biskut raya tanpa pengawasan emak. Kami yang menentukan jumlah margerin, gula, tepung, kacang, ceri, kepala kering, badam dan sebagainya. Bapa yang membelinya, sebab bapa suka biskut raya. Lagi banyak lagi bapa suka.
Kami menghasilkan biskut sekitar 10-15 jenis dan setiap jenis berjumlah 500-600 biji.
Ketika itu kami mengunakan ketuhar cap 'KUPU-KUPU' dan pada tahun 1970 (ketika saya berusia 10 tahun) bapa membeli ketuhar gas jenama Zanussi, dan lagi, 'blender' pengisar gula dan mesin pemutar kek - makin cepat kerja kami.
Seingat saya, belum pernah satu tahun pun saya berhenti membuat biskut, hatta ketika bersalin anak ke-2 pada 21 Ramadan pun, sebelum itu saya sempat membuat 5 jenis biskut.
***Anekdot 2
Selalu emak ceritakan berkenaan biskut raya kami yang mendapat pujian daripada seorang rakan baik bapa, namanya Pak Mea (Ismail) yang memuji biskut kami kepada isteri beliau "Kue raya rumah Mat Sapaq cantik-cantik, kuning-kuning elok-elok"...
Isterinya menjawab "Tu le pak hang tak mau beli oben (Oven) macam depa - tu yang kue depa elok-elok"
oklah tu kak...bila dah biasa buat..mmg seronok...aura sentiasa ada nak buat kuih..nak tunggu saya..kena tunggu aura 7 petala bumi dtg kot...hehe..
ReplyDeleteapa kata Sue mandi dengan air kolah 7 masjid untuk dapat aura he he he... Cadangan kak je le kalau nak ikut, kalau tak kak syorkan mandi dengan air 7 lautan HA HA HA...
ReplyDelete