* daging puyuh - daging jenis panas, elok dibuat sup campur halia & bawang: elok untuk sakit sendi dan isteri yang lemah syahwat.
* daging merpati - bahagian kepak: merawat penyakit lumpuh dan menambah darah.
* ikan - "dihalalkan 2 bangkai iaitu ikan & belalang" (hadis). Daging paling baik, paling elok ikan laut, isi tidak keras tidak lembik, jenis isi lembut: perut mudah hadam dan paling baik/elok dimakan ialah bahagian ekor. Jangan sering makan bahagian kepala kerana akan menguasi sifat lupa.
* halia -"mereka orang bertakwa diberi minuman yang bercampur halia" Al-Insan : 17 iaitu minuman ahli syurga. Menghangatkan badan, mudah penghadaman, membuka sumbatan dalam perut dan usus besar: menambah nafsu syahwat dan merawat mata rabun.
* cendawan - sejenis makanan dari langit yang pernah diturunkan kepada Bani Israel. Baling baik yang tumbuh di tanah keras dan berbatu-batu: baik untuk mata, air dicampur cendawan elok dibuat celak.
SIRI SEMALAM (tidak mengambil nota, sekadar yang teringat)
* ayam - isi jenis lembut, muda hadam: elok untuk kulit, otak dan membanyakkan sperma.
* keldai liar - jenis daging kering dan panas: harus dimakan.
* burung - yang tidak boleh dimakan;
1. mempunyai cakar
2. diharam membunuhnya - contoh burung hud-hud
3. disuruh membunuh - contoh burung gagak
4. jenis makan bangkai - contoh gagak
***Peringatan
"Tiada mudarat dan tidak boleh memudarat." Riwayat Imam Malik dan Ibn Majah.
No comments:
Post a Comment