Tuesday, March 1, 2011

ayam kelasan





Resipi:
1 ayam belah dua (dengan kulit)
2 biji air kelapa muda (saya guna 1 biji - lebih sedap 2 biji sebab nanti ayamnya lebih lembut)
9 bawang putih - tumbuk
1 keping gula kabung
1 sudu makan garam
- masak dengan api sederhana/perlahan





saya keluarkan 1/2 ekor kerana 2 orang sahaja yang makan malam ini, esok sambung masak 1/2 ekor lagi


kuah:
11 biji cili merah
5-7 bawang merah (saya guna 1 bawang besar)
1 keping gula kabung
1 tomato
- rebus semua bahan
- blend sekejap-sekejap (on-off, on-off) supaya tidak terlalu halus
- panas 1/2 senduk minyak masuk bahan blend
***
saya pernah tambah cili padi tetapi anak lebih suka yang manis


masak sampai kering dengan api yang perlahan





siap untuk dimakan

***Anekdot
1. Resipi ini daripada Puan Ratna Inzah yang diberikan kepada saya 3 tahun lepas. Resipi asal sepatutnya selepas kering air, ayam ini digoreng. Saya pernah menggoreng dan membakar ayam ini tetapi saya lebih suka sekadar kuahnya kering sahaja. Adik beradik saya juga mengatakan lebih sedap seperti cara merebus sampai kering airnya. Cubalah mengikut citarasa sendiri.

2. Kuali ni - dibeli pada tahun 1988 di Golok, Selatan Thailand ketika membuat kerja lapangan (bahaya kan!, macam mana saya boleh terpergi). Kuali ini jenis nipis mudah hangus masakan, kalau membuat sambal saya jarang menggunakannya.

+++ Hendak tahu rasa ayam kelasan ni? Manis, anak-anak suka, kalau boleh jangan dimakan kulit ayam, tetapi kalau ada twin, itu yang mereka rebut dahulu.

No comments:

Post a Comment