cuba habiskan stok yang berbaki dalam peti sejuk
tetapi masih ada lagi
bubur nasi, kerutup ikan tongkol, sayur kobis+telur,
ikan manis-manis lembab dari Thailand - kawan Adilah bawa
telur dadar & sambal belacan
ikan manis-manis lembab dari Thailand - kawan Adilah bawa
telur dadar & sambal belacan
KERUTUP IKAN TONGKOL
1 ikan tongkol (saya guna 2 kepala dibelah 2 + 3 keping isi)
1 bawang besar
5 bawang putih
2 serai
1 inci halia
2 inci lengkuas
(semua kisar)
3 sudu makan rempah
2-3 sudu makan cili kisar
1/2 gula kabung
1 genggam aasam jawa (jadikan jus)
garam
1 pek kerisik (2 sudu makan)
Tumis bahan kisar.
Masuk cili kisar agak hilang bau.
Masuk rempah, air asam, kerisik.
Menggelagak masuk ikan - perasa.
*Sengaja tidak masukkan santan.
***Peringatan
"Musuh-musuhmu terbahagi kepada empat:"
1. DUNIA - senjatanya ialah makhluk, sedang penjaranya uzlah.
2. SYAITAN - senjatanya ialah kenyang, sedang penjaranya ialah lapar.
3. NAFSU - senjatanya tidur, sedang penjaranya berjaga malam dengan beribadat.
4. HAWA NAFSU - senjatanya bercakap, sedang penjaranya ialah diam.
Imam Ahmad bin Sahl.
No comments:
Post a Comment