Friday, March 25, 2011

selamat hari Jumaat

Kalau bercita-cita mempunyai suami seperti Rasulullah, lihat dulu siapa kita. Adakah kita seperti Saidina Khadijah?
Berani kita menanyakan suami kita, Adakah kita calon ahli syurga?
Kalau kita melihat suami kita belum layak menjadi ahli syurga, maknanya kita lebih jauh lagi dari layak menghuni syurga. Lakukan segalanya ikhlas kerana Allah, bukan kerana suami kerana redha suami juga adalah redha Allah.

***Peringatan
Nabi Daud & Nabi Musa beribadat selama setahun lalu bertanya kepada Allah di manakah tempat mereka setelah setahun beribadat. Tetapi katak yang mendengar ucapan meraka berkata "Engkau baru beribadat setahun tetapi aku 60 tahun bertasbih, bertahmid - sedang sendi-sendiku masih gementar kepada Allah".

No comments:

Post a Comment