Saturday, March 5, 2011

mi rebus tom yam

... macam mana ni?
dah mi rebus, tom yam lagi
saya tukar nama sebab banyak jenis mi rebus

Resipi asal MI UDANG CIK YAM. Ehsan dari seorang kenalan sekolah dahulu dan kami belum bertemu secara life sejak 36 tahun tetapi hanya berhubung melalui Facebook sahaja. Beliau memang minat memasak dan terlalu banyak resipi yang telah ditunjukkan.

Saya telah mendehaka kepada resipi asal. Resipi kuahnya


1 bawang besar*
9 bawang putih*
3 batang serai*
2 inci halia*
(*kisar)
1 kg ubi keledek
2 genggam udang kering
(rebus bersama dan blend)
2 sudu makan cili kisar
1 paket pes tom yam
1 bunjut sup
2 liter air
1 senduk minyak
-
Tumis bahan blend, setelah wangi masuk cili kisar
Masuk air, keledek blend, pes tom yam, garam.
# mi @ kuetiau - celur, udang rebus, telur rebus, tauhu goreng, tauge, daun bawang, bawang goreng, limau kasturi, cili merah, cili hijau, cili padi dan yang sewaktu dengannya


***Anekdot
resipi asal tambah
2 kentang
1 sudu makan tepung ubi
gula
(saya tidak masukkan kerana sudah pekat dan sudah manis)

***Peringatan
Cinta dunia akhirat akan jauh dari kita tetapi cinta akhirat dunia akan datang kepada kita.

No comments:

Post a Comment