Saturday, March 5, 2011

briyani SUNQUICK

Bila berkelapangan saya akan masukkan resipi, lauk dan nasi briyani. Dua-dua mengandungi "SUNQUICK" (saya sudah masukkan resipi lauk dan nasi)

LAUK:
1 ekor ayam
1 bawang besar*
7 bawang putih*
3 serai*
2 cm halia*
3 cm lengkuas*
* - blend
3 sudu sunquick
3 sudu makan rempah briyani
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu cili kisar
3 cawan air
- tumis menggunakan minyak sayur + mentega
- masuk bahan blend, bila wangi
- masuk cili kisar agak garing masuk rempah2
- tambah air
- setelah mendidih masuk ayam


NASI:
5 cawan beras
6 cawan air
1 cawan susu cair
1 bawang besar
7 bawang putih
bahan tumis - kulit kayu manis, 5 cengkih dan 7 pelaga
3 sudu makan tomato puri
3 sudu makan sunquick
- tumis bawang dan bahan tumis
- masuk semua yang berbaki dan tanak nasi sehingga masak

***Anekdot
1. Dalam nasi jangan masukkan bunga lawang kerana nasi menjadi tidak enak. Saya mendapat petua ni daripada seorang yang saya anggap pakar memasak untuk majlis kenduri-kendara di Dungun, Terengganu.

2. Jika memasak nasi selain daripada nasi putih, gunakan periuk nasi elektrik yang mempunyai fungsi "keep warm". Setelah nasi masak biarkan 30-40 minit dalam fungsi "keep warm" tanpa membuka atau menggaul nasi. Biasanya selepas fungsi "cook" nasi akan mentah. Jangan diusik nasi berkenaan sehingga selepas 30-40 minit, ianya akan masak dengan sendiri.

***Peringatan
Jangan kita di dunia mempunyai banyak harta tetapi di akhirat tidak berharta.

No comments:

Post a Comment