Tuesday, March 1, 2011

apom

...kerana lama tidur saya rasa tersangat segar lalu saya membuat sesuatu yang berfaedah tetapi ke arah mengemukkan badan he he he

\
seperti bermain dengan warna


hijau epal


kuning telur


warna asal


warna biru - derhaka he he he (tok nenek mesti marah)


warna pink

perasa capuccino (wangi)


gerun tak? he he he




bunga melur ada 5 kuntum petang tadi



saya makan yang "PUTIH"


terhasil 14 biji - 11biji beri geng tuisyen

Resipi:
1 cawan nasi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
2 cawan air (jangan terlalu cair)
1 sudu makan yis kering (saya guna Mauripan)
pewarna aneka pilihan
kelapa putih + garam = kukus (mengelak basi)
***
Blend nasi dengan 1 cawan air, campur semua tepung dengan baki air dalam mangkuk.
Perap lebih kurang 2 jam atau lebih (sehingga pekat dan berbuih).
Kukus (pada acuan sapu minyak) sekitar 10 minit.
Kalau mengguna loyang, lebihkan masa mengukus 15-20 minit.
Hidang bersama kelapa putih.

+++ Saya suka sebab lembut, kenyal dan kurang manis. Nanti buat warna asal sahaja atau mungkin membuat belang merah pula.

No comments:

Post a Comment