Thursday, March 24, 2011

An-Nur

Surah ke-24 terdiri daripada 64 ayat termasuk golongan surat-surat Madaniyyah. Dinamai "cahaya" seperti yang terdapat dalam ayat 35. Surah yang membicarakan hukum perzinaan dan hukum pergaulan.

(Ayat 1-5 hukum perzinaan)
Ayat 1 - ... Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum yang ada di dalamnya) ... (*... yang difardukan dan ada hukuman agar kamu mengingatinya)

Ayat 2 - Penzina, deralah mereka dengan 100 sebatan ... dan disaksikan oleh orang-orang beriman (*penzina hukuman 100 sebat dan mesti dengan saksi yang beriman)

Ayat 3 - ... zina diharamkan atas orang mukmin.

Ayat 4 - ... bagi orang yang menuduh seseorang berzina
a. empat saksi,
b. kalau gagal 80 sebatan,
c. tidak boleh dijadikan saksi selama-lamanya dan
d. orang fasik.

Ayat 5 - kecuali jika bertaubat.

(Ayat 6-10 hukum Li'an)
Ayat 6 - suami menuduh isteri berzina jika tanpa saksi maka perlu empat kali bersumpah dengan nama Allah...

Ayat 7 - Dan sumpah kelima : bahawa Allah laknat ke atasnya, jika dia termasuk orang yang berdusta.

Ayat 8 - Isteri dihindar dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah jika suami itu berdusta...

Ayat 9 - Dan sumpah kelima : bahawa laknat Allah atas isteri jika suami itu benar.

Ayat 10 - Dan andai kata tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya atas dirimu dan Allah bukan Penerima Taubat lagi Maha Bijaksana.

Ayat 11-26 tuduhan bohong kepada Aisyah r.a
Kisah Aisyah yang sekembali daripada memerangi bani Mushthliq pada Syaban 5H.
(Aishah turun dari sekedup untuk qada hajat, kembali semula tetapi tercicir kalung, pergi mencari kembali semula rombongan telah beredar. Kemudian bertemu Shafwan Ibn Muaththal dan mereka kembali ke Madina berdua lalu timbul fitnah yang direka oleh Abdullah Ibn Ubai.)

Perbincangan ayat-ayat dalam surah ini memberikan keterangan mengenai hukuman kepada orang yang menuduh seseorang berzina perlukan empat saksi, tidak boleh kurang dan juga dengan melihat perbuatan tersebut dengan jelas.

Ayat 19 "Sesungguhnya orang menabur fitnah zina, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

No comments:

Post a Comment