TOKYO, 11 Mac: Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu. Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey. Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter. Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi (Petikan dari Harakah.com)
Inna lillahhi wainailai hirajiun.
***Peringatan
Sekiranya dunia daripada emas yang binasa dan akhirat daripada kaca yang kekal nescaya orang yang berakal akan memilih yang kekal daripada yang binasa.
No comments:
Post a Comment