Tuesday, May 15, 2012

jangan sorok - Bread Pudding

Kalau dah tak cantik jangan sorok, tak kan asyik nak tunjuk yang cantik je.
Masalahnya nak cepat, on oven terus pada 200 celcius. Disebabkan nak gula cepat caramelise/caramelize, terus jadi gelap/hangus/rentung/dayang senandung he he he sekitar 10 minit sahaja.
Peringatan atas musibah kuih ni ... kan tergesa-gesa itu amalan syaitan. He he he.


masih sedap, buang je bahagian terhangus!


Resipi
1 roti french loaf
1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair tadi)
3 telur
secubit garam
3 sudu gula perang (untuk tabur)
1 cawan gula + 1 cawan air  (buat karamel)
- masuk karamel dalam dulang
- potong roti kepada 2 bahagian secara melintang
- potong roti 2 inci secara menyerong
- semua bahan yang lain disatukan
- celup roti dalam cecair
- susun dalam loyang yang ada  karamel
- curah cecair yang berbaki
- tabur gula
- bakar - agak patut-patutlah (170 celcius), kang hangus macam resipi ni he he he
* bahagian yang hangus ni hanyalah kepala roti, buang sikit bahagian hangus ni, makan!
* bahan belum masak cuma telur sahaja, mengapa perlu tergesa-gesa?
PENGAJARAN

3 comments:

  1. Ni baru luar biasa, yang kurang sempurna dipaparkan agar menjadi pengajaran!! Rumah baru, idea baru!! he he.

    ReplyDelete
  2. Ala.. kadang2 kalau masak ada juga yg tak mnjadi. sebenarnya ni buat minggu lepas tetapi gambar ada dlm hp dan kamera gedik. Tak jumpa cari sebab itu lambat muat naik

    ReplyDelete
  3. Ala.. kadang2 kalau masak ada juga yg tak mnjadi. sebenarnya ni buat minggu lepas tetapi gambar ada dlm hp dan kamera gedik. Tak jumpa cari sebab itu lambat muat naik

    ReplyDelete