Sunday, May 13, 2012

May outing

Tak banyak yang hendak diceritakan. Twins ke Giant untuk membeli barang keperluan, kemudian kami ke Restoran Anis. Nak tunjuk gambar di Anis rasa tak perlu sebab mereka semua makan benda yang sama - ikan keli percik kecuali Farhah ambil ikan keli goreng. Cuma yang membezakan hanyalah, tempoyak, sambal belacan, air asam, budu dan twins sahaja yang mengambil kuah gulai itik serati. Kuah je!
Kali pertama ke Anis sekitar pukul 2.00 petang, walaupun agak lewat masih ada makan. Tadi sampai sekitar 11.30 pagi makanan memang banyak tetapi itu jugalah pilihan mereka.
Twins minta bungkuskan seorang 2 ekor ikan keli dan sedikit kuah gulai itik serati.

mama beli pen dan penanda buku


Tak pernah tengok dan makan - ubi kayu kukus (tak ingat namanya, nanti saya tanya orang Kelantan)

2 comments: