Wednesday, May 23, 2012

serawa kuini

@ santan kuini @ kuini santan - mana satu hukum DM!

utara sebut kuenen/konen





nyaman!

Resipi:
1 biji kuini
1/2 cawan santan (dari 1/2 kelapa, lebih pun boleh)
3 sudu makan gula
secubit garam
- hiris kuini masuk dalam bekas
- campur dan kacau bahan berbaki
- tuang dalam bekas kuini
- sejukkan dalam peti sejuk atau masuk ketulan ais
*kalau dibuat banyak elok dimasak supaya gula mudah larut dan tahan lebih lama

***Anekdot
Dua minggu lepas Ustaz Rizam menyebut menu ini ketika mengajar, langsung teringin dan terkenang-kenang. Petang semalam saya minta En. Rahman carikan kuini. Katanya dia bawa banyak juga tetapi tinggal beberapa biji saja lagi. Untuk saya disimpannya empat biji yang agak lembut tetapi tidak terlalu ranum - elok untuk serawa ni. Saya makan yang tidak berais ais kerana gigi ngiu.

No comments:

Post a Comment