Saturday, May 12, 2012

baca - lambat habis

Tadi saya berkesempatan membeli buku yang ditulis oleh Ustaz Kazim Elias - TUHAN Sedang Menguji Kita. Menarik penyampaiannya, rasa buku pertama Ustaz. Belum pernah saya memiliki buku Ustaz sebelum ini.
Di samping jadual ceramah yang ketat Ustaz berkesempatan menghasilkan buku untuk tatapan khalayak. Buku ini dilancarkan sempena Pesta Buku baru-baru ini. Tiga kotak habis sekejap sahaja dan ramai yang tidak berkesempatan memilikinya. Sempat juga mengambil tandatangan Ustaz, berharga RM19.90 terbitan Karang Kraf dengan 316 halaman.

Buku ini menarik kerana penyampaiannya dengan kebanyakan berkisar tentang pengalaman Ustaz iaitu diuji dengan santau, kemalangan dan kerja dakwah. Juga pengalaman Ustaz berkongsi dengan masyarakat yang sentiasa mengajukan masalah.  Subtajuknya sudah menarik Duhai isteri, Kasihku Sehabis METER. (baru baca 50 halaman, dah bagi komen, he he he... namanya nak kongsi).
Juga dibekalkan dengan penanda buku.


Buku Adilah kerana menangi peraduan anjuran Setia Budi pada 12 April 2012.
Jagalah Allah... Allah Menjagamu karya Dr. Aidh Al-Qarni dengan 470 halaman. Buku agak besar dengan tulisan yang agak kecil (mata warga 50an). Penyampaian Dr. Aidh kebiasaannya mempunyai subtajuk yang agak banyak  - 20 semuanya dengan dimasukkan ayat, terjemahan al-Quran dan hadis untuk setiap ulasan. Baca langkau ikut tajuk yang saya tertarik kerana agak sukar untuk dipegang sebab besar dan berat!

78 Tip Hidup Bahagia karya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani terjemahan Khadijah Rahman, agak tinggi penyampaiannya. Terus terang - banyak yang TAK FAHAM, subjek tak jumpa, pradikat sahaja he he he. Maksudnya inti atau matan tak jumpa, huraian banyak dengan petikan al-Quran. Sudah sampai tip ke-38 walaupun tak faham, sememangnya buku ini perlu berguru.


Bimbingan, Penghayatan dan Kesempurnaan Solat karya Ustaz Johari Yaman yang beli 7 April 2012 berharga RM70.00. Sebenarnya saya beli kerana terpengaruh dengan penjual buku yang memberitahu bahawa buku ini banyak permintaan dari masjid dan surau sekitar Lembah Kelang kerana dijadikan kitab pengajian. Asalnya hanya untuk membeli buku Sifat Solat Nabi yang Sahih.
Buku berkulit tebal dengan lebih 700 halaman, berilustrasi sesuai dijadikan rujukan. Terdapat solat-solat sunat, doa, zikir, imam empat mazhab dan al-Asma al-Husna dengan huraian. Saya merujuknya mengikut bab dengan perbandingkan dengan buku Solat Nabi. Kadang-kadang kita keliru dengan sesuatu amalan sebab kita sudah lama melakukannya. Berapa ramai yang menunaikan solat bukan mendirikan solat?

Ensiklopedia Solat dibeli semalam 11 April 2012 berharga RM100.00. Namapun ensikopedia... dijadi sebagai rujukan sahaja tetapi kalau mampu menghabiskannya memang jadi 'alim he he he. Terkandung hukum, fadilat, rujukan, nas, masalah berserta ilustrasi.
Besar, berat, kulit tebal dengan kertas yang berkualiti (teringat kata Ummumadihah, kayu balak kan!).


Sifat Solat Nabi yang Sahih karya Allahyarham Dr. Hassan Ali Al-Saqqaf Al-Quraisy Al-Hasyimi terjemahan Zamihan Mat Zin Al-Ghari yang dibeli pada 7 April 2012 berharga RM35.00.
Kitab atau buku ini dijadikan bahan kuliah Asar di Surau Al-Falah AU4 yang disampaikan oleh Ustaz Aziz Makruf. Setiap huraian diberikan hadis bagi menguatkan hujah.

Adab-Adab Doa dan Zikir Selepas Terbit Matahari Sampai ke Waktu Gelincir Matahari oleh Ustaz Dr. Idris Ibrahim dibeli pada 7 April 2012 (banyaknya buku pada tarikh ini) dengan 140 halaman berharga RM5.00. Sudah habis dibaca tetapi saya suka mengulang sebab ada motivasi di akhir bahagian buku - mengenai solat Tahajud para sahabat (54 orang + 22 orang ahlullah) sehingga membawa kepada solat Subuh dengan wuduk solat Isya selama 40 tahun!

Di mana saya... bukan panggang dengan api TETAPI langit dengan bumi! Siapa kita dibandingkan mereka...


Sifat Solat Nabi Muhammad kertas kerja Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman pada 20 Februari 2006 yang disampaikan pada Kursus Penghayatan selama sehari yang diadakan di DBP.
Segala hujah disampaikan menggunakan fakta hadis. Saya sedang membandingkan buku-buku solat ini sebagai panduan dalam pengajian dan mencari soalan bagi mengukuhkan hujah yang diberikan.


***Anekdot
Tokok agamawan terkenal sebelum ini Ustaz Azhar Idrus juga telah menghasilkan dua buah buku. Buku Tanyalah Ustaz telah mendapat anugerah platinum dengan jualan mencapai 130,000 ribu naskhah dalam masa 6 bulan.

***Anekdot
Harga buku sebelum diskaun, bergantung kepada pekedai antara 10-35 %.

1 comment:

  1. Kayu balak, he he. Ingat x beberapa tahun lalu ofis kita kena sedekahkan buku sebab bangunan lama retak dek krn betapa byk dan beratnya buku??!! Oh ya, buku Ustaz Azhar, esok kena pulangkan balik, sori lambat, sebenarnya belum habis baca.

    ReplyDelete