Wednesday, May 23, 2012

dental dam

Rawatan gigi saya telah masuk kali ke-4 di HUKM, Jalan Pahang, Kuala Lumpur di bawah seliaan pelajar tahun empat Lim Tiong Boon @ Michael. 
Peringkat permulaan saya mendapat rawatan  daripada pegawai perubatan (doktor wanita berasal dari Iran).
Pertama kali - bawah seliaan Michael, hanya menentukan apa yang perlu dilakukan pada setiap gigi yang bermasalah. Michael mengambil lima kali x-ray dalam mulut - kiri, kanan, atas, bawah dan sebatang gigi yang bermasalah. Beliaumenggunakan cecair berwarna biru untuk melihat plak lama dan baru. Selain itu, beliau juga menguji setiap gigi dengan alat berkuasa bateri dan kemudian menguji sekali lagi dengan cecair yang boleh bergetar/ ngilu bagi memastikankan gigi `hidup`. Dua batang gigi pernah menerima rawatan akar jadi tiada kesan getaran (terlupa sebatang gigi pernah mendapat rawatan akar - penat Michael mencari penyebabnya he he he). 
Kedua - hanya mencuci semua gigi dan terdapat beberapa lubang kecil yang perlu ditampal.
Ketiga - tampalan pada tiga batang gigi bahagian atas kanan - semua tampalan kecil.
Keempat - buka tampalan lama yang besar pada sebatang gigi bawah kanan kerana terdapat rekahan. Sepatutnya ditampal gigi sebelahnya tetapi tidak cukup masa. Setelah selesai, doktor mendapati teknik kurang sesuai dan perlu dibuka semula.
Kesian Michael kerana tidak berjaya dan saya juga membuat dia terkejut kerana ketika memasang dental dam, klip telah menolak/menerjah tepi lidah menyebabkan rasa nak termuntah. Hampir satu jam menyelesaikan pemasangan dental dam dengan menukar klam ke satu gigi ke hadapan gigi bermasalah ini (supaya tidak tersentuh lidah), sedangkan rawatan kali ketiga menggunakannya tiada masalah.
* Bahagikan set gigi  kepada empat bahagian - baru siap 1/4 je.
* Kesian pelatih - mungkin satu hari anak-anak kita pula yang akan mengikut jejak mereka - sabar kita dapat menyakinkan mereka. Insya Allah.


DENTAL DAM - sekeping bahan nipis daripada getah yang dilubangkan dan diletakkan antara gigi bertujuan menghindar pengumpulan air liur bagi mencepat tampalan kering. Baca info di bawah dan lihat imej yang tertera.


 INFO DAN IMEJ DARI INTERNET

In dentistry - a dental dam or rubber dam is a rectangular sheet of latex, in particular endodontic therapy, to reduce contamination, and where dental composite is being placed, due to the need for the area to remain dry during filling placement. 
A dental dam is used mainly in endodontic treatment and when putting fillings into teeth. They are thin squares of latex rubber. Silicone versions are available for those with latex allergies.
The main function is to isolate the tooth being treated from its environment, in particular from the bacteria in the oral cavity. The rubber dam is held over individual teeth or groups of teeth by appropriate rubber dam clamps or threads (ligatures) along the edge of the gum. The tooth crown stands out from the rubber dam through individual holes made by a hole punch. This permits a clean and dry operative field, retracts the lips and cheeks, and enables treatment of the appropriate tooth without contamination from blood or saliva. Another function of the rubber dam is to protect the patient's airway from any materials which may fall into it during treatment.
Routine use of dental dams is not always appropriate because of some difficulties: for instance communication with the patient is significantly reduced and the patient may feel restricted. However for endodontic procedures it is considered mandatory. For adhesive dentistry procedures involving bonding dental composite it is to be encouraged as the operative field must avoid moisture contamination in order to get maximum bond strength from restorative material to tooth substance. Glass ionomer cement is affected by moisture during its setting reaction and thus a rubber dam is considered advisable during placement.

pemasangan dental dam


klam



 flos digunakan bagi memasukkan dental dam dicelah gigi


penahan daripada melekat pada gigi lain


klam - pelbagai jenis dan saiz 



***Anekdot
Semalam rawatan bawah seliaan Michael telah masuk kali ke-4, sudah selesai semua gigi atas kanan tetapi belum selesai gigi bawah kanan. Gigi sebelah kiri atas dan bawah belum disentuh lagi. 
Masalah utama saya ke HUKM adalah untuk mendapatkan rawatan akar belum disentuh melainkan semua gigi diberi perhatian terlebih dahulu. Michael akan membuat rawatan akar sebelum peperiksaannya (lupa nak tanya bila).
Gigi saya yang bermasalah sebenarnya. Terus terang saya suka rawatan sebegini kerana gigi diperiksa dengan begitu teliti, cuma masa yang diambil begitu lama. Michael beritahu untuk peringkat umur seperti saya dikira baik kerana masih ada semua gigi (he he he pujuk saya kut). Emaknya sebaya saya sudah tidak bergigi. Selesai rawatan gigi saya akan dirujuk ke klinik gusi pula kerana gusi juga bermasalah (hai orang tua ni! he he he)
Minggu depan saya akan mengambil cuti untuk mendapatkan rawatan sehari suntuk. Entah boleh siap kerana sebatang gigi atas kiri sangat bermasalah dan penyeselaian terakhir - cabut!





No comments:

Post a Comment