Friday, May 18, 2012

yogurt mangga blueberi mint

... untuk hilang perik tekak, panas sungguh petang ni. Kebetulan mempelam yang dibeli Ahad lepas masih ada lagi, dan sebelum balik tadi singgah di Hero untuk membeli keperluan hujung minggu.
Sejuk tekak! Tadi seperti ada tanda seperti nak hujan, tetapi tak jadi hujan.

Luqman, Farhah & Fatin sempat merasa







Resipi:
1 pek yogurt perasa mangga
1 biji mangga
asesori - blueberi dan pudina
- hiris mangga (dadu)
- letak dalam bekas - gelas, mangkuk dsb.
- akhir sekali letak yogurt
- tabur blueberi dan daun pudina

* Yogurt perisa mangga kurang masam berbanding yogurt asli. Sesuai bagi yang kurang suka pada rasa kemasamannya.

No comments:

Post a Comment