Monday, May 21, 2012

bun hotdog inti ayam

... bagi je nama apa-apa pun. Ayat cepumas "kita buat dia"


cara-cara


...di bawah








Resipi:
2 cawan isi ayam yang dicarik
2 bawang besar - dadu
2 tomato - dadu
3 sudu makan sos lada hitam
2 sudu makan sos cili
keju mozarela & chedar
asesori : -
- salad, timun
- sos cili
- @ sebarang sos yang diminati - mayo, mustad dll. (stok dah habis)

cara-caranya :-
- panas minyak zaiton
- masuk ayam
- masuk bawang dan tomato
- angkat
- tambah sos, garam jika perlu

persembahan :-
- potong roti
- masuk inti dan keju
- bakar (saya guna oven toaster 5 minit @ hingga keju cair)
- letak salad & timun
- letak sos
- siap! boleh makan

***Anekdot
Tiap kali goreng ayam mesti berbaki sebab anak-anak tidak meminati isi ayam terutama pada bahagian dada. Carik-carikkan dan simpan bahagian freezer. Bila perlu keluarkan sebentar dan sedia untuk digunakan terutamanya dalam nasi goreng. Resipi ini menggunakan isi ayam yang disimpan dalam freezer - kurang bekunya sebab sudah digoreng/dipanggang. Kalau keraspun terus letak dalam kuali sekejap sahaja lembut.

No comments:

Post a Comment