Singer model 1982
Knob ketuhar sudah rosak dan nombor siri model di belakangnya tidak dapat dibaca lagi ... Mengikut pengedar Singer semua model masih ada alat ganti. Padalah, sudah 27 tahun ketika rosak (sekarang 29 tahun), bahagian lain masih elok lagi cuma ... lama!
***Anekdot
Dibeli pada bulan Oktober '82 secara ansuran RM68.00 selama 2 tahun daripada Encik Goh. Beliau pelakon berbangsa cina yang sering berlakon pada era '80-an. Mungkin juga bagi memenuhi kuota bangsa cina, beliau sering berlakon sebagai tauke kedai yang menagih hutang. Tiap kali beliau datang mengutip hutang, staf lelaki mesti bergurau "Dalam drama kutip hutang, luar drama pun kutip hutang."
Saya membeli ketuhar ini kerana membuat biskut raya untuk dibawa balik ke kampung kerana bapa suka banyak biskut raya. Puziah Mat Dom dan Diarani membekalkan tin susu dan biasa saya akan membuat 12-15 jenis biskut. Ketuhar ini semestinya menjadi rumah tikus kalau ada yang tersesat.
Elok ketuhar ini dibuang tetapi ketuhar baru nak letak di mana?
***Peringatan
"Aku tidak tahu sesuatu yang afdal daripada berjuang fi Sabilillah selain daripada orang menuntut ilmu. Ianya afdal daripada perjuangan fi Sabilillah." Hassan al-Basri.
No comments:
Post a Comment