Thursday, September 13, 2012

roti

... roti yang dibeli di Teluk Intan - roti bakar kayu api.

Teringat zaman dulu-dulu (cewah macam hikayat le pula) benggali yang menjaja roti waktu petang bawa roti macam ini lah. Beliau bawa roti (dulu dikenali sebagai roti menggali) dalam bakul besar (boleh juga dipanggil tong sebab diperbuat daripada tin) mengguna basikal gajah. Apabila dibuka penutup roti - bau roti mengancam dan roti masih panas-panas lagi kerana ditutup dengan kain (kain pun entah berapa lama tak cuci - ni yang sedap he he he)

Roti jenis manis seperti gambar bawah sekali memang warna dan rasa yang sama cuma seri kaya dulu-dulu lebih pekat banding yang di Teluk Intan agak cair. Seri kaya benggali ada rasa pahit-pahit sedikit seperti karamel. Seri kaya diletakkan dalam tin susu yang dibuat tangkai daripada pokok pisang (batang pisang). Lima sen satu tetapi besar dan panjang manakala kek keras (dulu kami panggil kek tetapi skon) sepuluh sen.

Kalau cerita pada anak-anak mereka hairan, mengapa nak makan roti pun sibuk dengan benggali - sebabnya roti sedap. Waktu itu roti paun hanya ada jenama Sunshine yang dibungkus dalam kertas - nak kata kertas bukan nak kata plastik bukan - entah nak panggil apa! Tetapi boleh dikoyak dan kalis air.

Pada tahun 1968 mak saya beli pisau potong roti yang dibawa oleh penjual seperti penjual Clorox. Wah! Heboh satu jalan - exaggerate lebih sikit he he he (rumah kami Jalan Shara'iah - rumah tok kadi), ye le mana ada pisau panjang bergigi-gigi, berlekuk-lekuk masa tu. Saya tak ingat harganya tetapi sekitar belas-belas ringgit - mahal tau! Ketika itu roti yang dibeli belum dipotong seperti sekarang, semua datang dalam bentuk buku/bantal. Kalau dipotong menggunakan pisau yang kebanyakan daripada besi tempawan bukan stainless steel seperti sekarang - mau roti kemek, kemudian perlu ditarik-tarik supaya anjal semula. Lepas mak potong dan hidang pada bapak, puas mak dok tanya bapak "Roti cantik tak?"  He he he kelakar juga mak saya ni - dah minta dipuji! (sebiji turun kat anak dia)


Inilah hasil roti yang dipotong tetapi tidak menggunakan pisau roti - sebab tak ada dan rasanya tak perlu sebab roti yang dijual sekarang ini sudah dipotong nipis dan cantik-cantik belaka. Malu juga nak beritahu saya tak punya pisau roti - boleh fikirkan hadiah hari jadi mama tahun depan ye Aah he he he

Jangan dibuang kepala roti - ranggup


Memang sedap apabila dimakan pada bahagian kepala roti dan hangit ni.  Bakar dalam oven toaster sekitar empat minit, kemudian sapu butter Luprak - wangi dan sedap. Sue KL - kita kena pi Teluk Intan lagi dek kerana roti menggali ni!


roti manis sapu seri kaya ketika di Teluk Intan
yang ini sekadar makan ketika di sana


1 comment:

  1. Teringat kecik2 kat kilang lama..ada roti mengali ni..cicah gulai ikan rempah giling..sedap..
    Sepawan

    ReplyDelete