Saturday, September 1, 2012

Hanif & Nadia

...di Sungai Plong, Sungai Buluh sekitar 2.30 petang. Disebabkan kekenyangan gagah juga makan tembikai dan honey dew manis pulak tu, nasib baik ambik lima potong. Farhah & Luqman juga makan yang sama. Bersembang dengan Norizan di seksyen perempuan - bagusnya kenduri ini memisahkan tempat duduk lelaki dan perempuan.

Kami (saya & Norizan) bersalam dengan Puan Shima - tetapi Puan mengajak kami masuk supaya melihat bilik pengantin. Mula-mual rasa malas nak masuk sebab biasalah bilik pengantin - apa kita nak tengok - katil, cadar dan set perabot tetapi kerana Puan bersungguh-sungguh mempelawa; maka kami dengan anak-anak perempuan pun masuk.

Mak ai! Cantik sungguh bilik - terima kasih kepada Pak Aji yang tentu tak suka konsep pelamin tetapi hiasan dalam bilik pengantin mirip mini pelamin memang cantik. Walaupun tidak ditonjolkan di ruang tamu tetapi idea ini memang sesuai nanti anak kami (saya & Izan). Konsep baru!

Kami pun tanpa segan-silu siap berposing (cuma saya tak masukkan gambar mereka - nanti tak berseri pulak anak-anak dara kami ni he he he) sebab tak siapa yang melihat kami berposing. Terima kasih Mak Aji & Pak Aji kerana mencetus idea baru...


Hanif & Nadia



tapai pelbagai rona


bunga telur



bunga ros timbul - latar belakang



candelier - gambar jadi kelabu
tunggu ye saya beli DSLR





kyusen



bilik pengantin - nampak besar 



adik Puan yang menghias bilik
kami akan hubungi bila sampai masanya
he he he


suka fesyen muslimat cilik ni
puas cuba mengambil gambarnya
kali keempat baru nak posing


bergaya sakan


teringin pula - haru-biru jadinya nanti


cantik cermin Puan!


anak dara Izan






4 comments:

  1. Memang kelllaaasss kau Mohaini..sipa posing lagi kat situ..aku berkenan sungguh dgn hiasan dan konsep Shimah buat tu...ustaz Yunus boleh terima klau macam ni...nanti anak2 hang boleh la terapkan konsep ni.. Sepawan

    ReplyDelete
  2. Nanti tunggu anak2 aku le... Patut kredit kat Pak Aji. Aku memang berkenan - yg posing aku, Izan, anak anak dara kami (Izan pun ada anak dara - lawa anak dara dia)

    ReplyDelete
  3. Monie, nak minta kebenaran utk copy gambar2 u. I tak sempat memfoto apapun sebab sibuk hari tu. I memang nak promo adik i yg hias bilik sbb i puas hati dgn kerja dia! Pun sbb Zan nak kahwinkan anak dia th depan! Skrg bilik dah back to normal, x cantik dah!! Kalaulah hari2 bilik mcm hr tu, kan ke best!!

    ReplyDelete
  4. Merasalah Mak Aji & Pak Aji melaram katil pengantin. Memang cantik, lupa apa nama syarikat dia - tlg beri nama syarikat dia, nanti I buatkan link.
    Ni nak pesan lagi - terima kasih kat Pak Aji (sebab tak suka pelamin) tapi jadi penyebab beri I idea kalau anak2 I kawin nanti, tak lah menonjolkan pelamin depan rumah he he he. Puan beri emel address, saya hantar yg ori. Silakan copy buat sementara

    ReplyDelete