Sebenarnya tak tahu nak bagi nama pada masakan ini. Ambil sempena rona kuningnya, macam demam kuning agaknya dapat nama.
periuk ajaib
sumbat halia dalam perut ikan
tabur serai
selepas 10 minit - balikkan ikan
tabur sayur (apa-apa sayur yang ada dalam peti sejuk)
selepas 5 minit
siap untuk dimakan
besar juga!
hidang untuk yang tersayang
Resipi:
2 ekor ikan susu
1 bawang besar - kisar
5 biji buah keras - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
1 inci halia- hiris kasar
1 serai - hiris kasar
1 makan garam
1 sudu makan cuka
1/2 timun - potong memanjang
1 tomato - potong wedges
cili padi sebiji-sebiji
- rendam ikan dengan asam jawa
- sumbat halia dalam perut ikan
- curah bahan kisar
- tabur serai
- masak 10 minit dengan api sederhana
- tabur sayur dan masak 5 minit lagi
* Ikan ini lemak, cuma bagi saya ketika menyiang ikan ini; agak berbau sebab itu direndam dalam asam jawa dan sumbat halia - rasanya sedap (enak - cewah) cuma banyak tulang.
nampak sedap ni kah..nyum nyum...
ReplyDeleteikan susu tu ikan apa kak..hmm
Ada nama lainnya tapi kak tak ingat. Dulu masa beli di pasar borong Selayang 15 tahun lepas - bukan nama ikan susu - nanti kak tanya K. Tipah. Ikan jenis banyak sisik halus, bersaiz besar, tak mahal seperti terubuk TETAPI banyak tulang seperti terubuk. Ikan ni dah lama ada dipasaran, Giant pun ada
ReplyDelete