Saturday, September 1, 2012

1 Sept - jemputan

...maknanya MAKAN!

Dari pagi saya sibuk - pertama mencari tukang jahit kerana uniform surau telah lama diberi tetapi bertangguh; apabila terbaca pesanan pengerusi supaya Isnin ini AJK dikehendaki memakai pakaian seragam baru kelam-kelibut. Sehingga petang semalam (Jumaat) apabila terbaca mesej dari Seri Banon yang minta dicarikan tudung baru terperasan yang saya masih terlupa mengenai tempahan uniform. Petang semalam puas menelefon kawan-kawan tetapi semua ada hal - Luqman cadangkan saya jahit sendiri - masalahnya - MALAS!

Pagi tadi teringat emak Aesah lalu telefon beliau dan beliau sanggup jahitkan uniform tersebut LEGA!  Kedua - pukul 9.00 pagi saya ke Giant belikan barang dapur, apabila telefon emak Aesah dan beliau setuju; selepas sahaja hantar barang dapur terus saya ke rumahnya - tak masukpun sekadar singgah untuk menghantar kain dan baju contoh (ketiga).

Keempat - sekitar 10.30 pagi saya ke  Taman Greenwood untuk membeli tudung sedondong dengan Seri. Sempat singgap sebentar di kedai dalam kawasan situ juga untuk mengunting rambut - asal nak gunting dari sebelum raya supaya melaram dengan rambut raya tetapi tak sempat (mungkin sebab niat tak baik he he he). Sebelum itu ketika keluar dari Taman Wangsa Ceria (rumah mak Aesah) Sepawan telefon untuk menghantar makaroni goreng tetapi saya beritahu yang saya akan pergi mengambilnya.

Selepas singgah di rumah Sepawan sekitar 11.30 pagi, Sepawan sudah dalam keadaan bersiap sedia untuk ke luar menghadiri kenduri Nor Hashimah di Sungai Buluh (kelima).

Saya ada tujuh jemputan tetapi bercadang untuk menghadiri tiga sahaja kenduri kahwin (satu jauh) dan tiga rumah terbuka - kenduri kahwin hukum wajib, kenduri lain sunat. Tetapi dalam hati - Masya Allah - rumah terbuka makanan sedap! he he he


pemberian Sepawan - SEDAP!
makaroni goreng


TERIMA KASIH WAN


tudung baru - panas-panas!
nak pakai Isnin

No comments:

Post a Comment