Friday, August 31, 2012

D'Laman

...belakang Balai Polis Batu 6, Gombak.
Baru dapat dua hari berpuasa, selepas berbuka dengan beberapa keping rempeyek, kami berenam pergi ke gerai ini. Kemudian Luqman pergi menghadiri rumah terbuka rakannya di TTDI - hanya minum teh ais sahaja, manakala Farhah ke rumah terbuka rakannya di Jalan Duta.

Pemilik D'Laman dikenali sebagai Ibu dan Uncle. Ibu berusia 30 tahun, mempunyai empat orang anak - semua orang panggil Ibu, saya pun panggil Ibu he he he.

Gerai ini dulunya dikenai sebagai budget corner oleh mahasiswa UIA sebab set nasi - nasi putih, ayam goreng, tempe, tauhu, sald & sup cuma RM4.00 tetapi sekarang sudah lain harganya tetapi masih berpatutan dan juga lain cara masakannya.

Pilihan makanan yang dikehendaki kemudian pilih sama ada hendak digoreng atau dipanggang; makanan yang dipanggang akan dicelup ke dalam kicap pekat (rasa seperti kicap yang dimasak). Asalnya makanan itu telah dimasak, kelihatan seperti telah direbus/digoreng dengan rempah ratus - walaahuaqlam.
Ayam besar (ayam kecil ada kut) RM7.00; lupa nak tanya harga yang lain-lain dan lupa nak tengok resit (ye le orang belanja)

Kami pilih:
Makanan - dua ketul ayam besar, dua ikan talapia, dua itek, keli dan burung puyuh masing-masing satu ekor dan dua piring tauhu goreng (tempe habis).
Minuman - dua gelas air Milo, dua gelas teh ais & tiga gelas air suam. Nasi dan sambal tidak dikira - boleh ambil seberapa yang larat hendak makan. Harga RM60.00... boleh kan!

Lupa ambil gambar Ibu & Uncle serta adik-adik Ibu
walhal Ibu makan semeja dengan kami


set nasi - itek panggang


ikan keli panggang



ayam besar panggang


keli yang beralih pinggan


talapia goreng



aneka pilihan



tauhu goreng - ranggup


keli


itek


hati ayam


kembung


bawal


ayam kecil kut


udang


kembung


talapia


salad & nasi himpit


bakso


ayam kampung


ayam besar kut


***Anekdot
Ibu dibantu oleh dua orang adik - menurut Nazrin dan Nazreena (dua-dua pelanggan setia, baru pukul 11.00 pagi tadi Na datang makan) Ibu bawa adik-adiknya ke Malaysia untuk belajar di Kolej Madinah di Shah Alam tetapi adiknya menangguhkan pelajaran hingga tahun depan kerana kurang fasih berbahasa Melayu.
Nak kongsi satu cerita - ketika bapuk datang ke kedai mereka selepas menempah makanan, beliau bertanyakan di mana tandas kepada adik Ibu. Dengan selamba adik Ibu berkata "Nanti saya hantarkan".
Kemudian adik Ibu bertanya Ibu "Apa makanan TANDAS itu?"

No comments:

Post a Comment