Friday, August 24, 2012

Majlis Siaratulrahim 22 Ogos (2)

... kamera Mohsin - keterangan kemudian (lambat nak muat naik- masalah internet)

Perjumpaan yang dirancang sejak Januari lalu, atas usaha Abang Fadhil Murad, cucu sulung Ariffin Saad. Majlis bertujuan menghimpun sanak saudara kaum kerabat sebelah Ariffin bin Saad (dengan saya pangkat datuk/tok wan. Menurut emak - tok wan meninggal sebelum mak kawin dengan bapa).
Hasil usaha mereka juga bagi mengumpul dana untuk membolehkan seorang bapa saudara dan emak saudara ke Mekah tahun ini, Insya Allah.
Majlis bermula dengan bacaan Yasin dan tahlil sekitar pukul 1.00 tengah hari (sepatutnya 12.00 tengah hari). Bila melibatkan ramai orang maka perjalanan majlis juga turut berubah - ye le bukan senang menghimpunkan 160 orang serentak.
Keseluruhannya majlis ini berjaya menemukan kami semua dan diharap dapat mengeratkan hubungan siratulrahim sesama anak/cucu/cicit/piut ARIFFIN SAAD.
Dirancangkan majlis serupa ini diadakan dua tahun sekali, dan selepas ini dirancangkan di Sungai kecil, Nibong Tebal. Insya Allah berjumpa dua tahun lagi (secara berjemaah he he he)

Gambar semua yang hadir tidak dapat diambil secara beramai-ramai kerana hujan renyai-renyai. Gambar hanya dapat diambil di dalam rumah berperingkat-peringkat.




































yang kecik-kecik ni pangkat PIUT Tok Pin





















































































































keluarga Pak Chak & Pak Cik




keluarga Mak Su, Mak Teh & Pak Dak






keluarga Pak Jang, Mak Lang


















No comments:

Post a Comment