Saturday, August 25, 2012

cerita perjalanan balik raya

Nak bercerita panjang tetapi saya sedang sakit belakang. Sejak balik kampung untuk beraya Jumaat lepas, mungkin kerana agak lama perjalanannya 5.15 pagi - 11.00 pagi duduk je dalam kereta (tahun ni Farhah yang pandu kereta - cewah dapat relaks), bila sampai je di Bertam terus terasa sakit belakang dan pinggang sampai sekarang. Ubat yang ada pun tidak membantu.
Beraya pun terhencut-hencut tetapi - kontrol macho.
Berbalik ke cerita perjalanan balik kampung - kami bertolak 5.15 pagi sebab nak mewajarkan twins menggugurkan Jumaat di KL - sampai je di R&R Rawang lebih kurang 5.45 pagi, mak ai ramainya orang. Farhah tinggal dalam kereta sebab kami membawa balik tiga laptops. Twins ke surau dan saya terus ke tandas (ramai juga) dan saya melihat ramai yang berwuduk, jadi saya bertanya tidak ada tempat wuduk ke di surau, jawapannya ramai orang. Saya pun mengambil wuduk lalu ke surau - mencelah dan terus solat Subuh.
Sekembali ke kereta, saya ajak Farhah ke Stesen Petronas bersebelahan supaya Farhah dapat solat - masalahnya suraunya unisex dan ramai yang menunggu giliran. Memandangkan Farhah kekal wuduk sejak dari rumah, dihampar sejadah atas kaki lima dan solat di situ. Kami menerus perjalanan dan singgah sekali di hentian Taiping sekitar 20 minit.
Kereta berjalan lancar tetapi sekadar 80-90 kilometer sejam, dari Jawi sampai Juru sesak - masalahnya kerana pembayaran tol je (mengapa tahun ini tiada tol berlapis). Lebih kurang 30 minit terlibat dalam kesesakan tersebut. Sampai di Bertam terus ke Maybank sebab twins bawa balik banyak tunai - duit raya, duit sumbang, duit jualan air 30 juz. Belakang Maybank rumah Kak Maziah - kami singgah untuk berehat, twins solat Jumaat.
5.00 petang kami ke pasar Ramadan hanya lima minit dari rumah Kak Maziah - twins belum pernah ke pasar Ramadan. Terdapat 25 buat khemah dengan penjual kiri kanan jalan - nasib baik masih ramai lagi penjual. Merasalah twins ke pasar Ramadan - saya layan semua kehendah mereka kecuali air tebu. Ayam percik enam ketul, roti john tiga biji, murtabak lima biji, air jagung dua pek, air soya tiga pek, sambal sotong, pajeri rebung madu, ikan masak asam dua ketul dan ada yang tak ingat - cuma ingat bayaran semuanya RM93.00...
Kami berbuka di Kpg. Permatang Janggus. Luqman, Kak Tipah, Nazrin dan Adilah terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Sg. Dua selama satu setengah jam, mereka tiba kami baru hendak berbuka - sempat juga berbuka bersama-sama.
pasar Ramadan Bertam Indah



No comments:

Post a Comment