Pada 16 Ogos/27 Ramadan ketika iftar diadakan acara khas iaitu Pengijazahan Hadis Musalsal Bil Aswadain (minum air dan makan kurma) serta Pengijazahan Hadis Musalsal Awwaliyah Rahmah oleh Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir Al-Azhari sini
Surau menyediakan setengah gelas (gelas gabus) air zam-zam dan tiga biji tamar kepada semua yang hadir. Ustaz membacakan sanad dari namanya, guru-guru, sheikh-sheik sehingga ke bertemu kepada Saidina Ali Abi Talib. Akhir sekali kami akan menyebut 'qabilna' sebagai tanda tamat pengijazahan dan sama-sama minum air dan makan tamar. Mereka yang duduk berdekatan ustaz sebab dapat minum dan makan air dan tamar ustaz.
Penduduk Lembah Kelang bertuah kerana Ramadan tahun ini Ustaz Nazrul mengajar di Surau Al-Mustaqim iaitu pengajian Subuh menggunakan Kitab Syamail Muhammadiyyah dan Asar Kitab Sifat Sahih Solat Nabi (kut terbalik susunan nama kitab) dari hari Isnin - Jumaat. Sayang sekali saya hanya sempat mengikuti kelas pengajian lapan kali Subuh dan Asar.
Artikel dari blog (lupa nak catat - nanti saya carikan sumbernya tetapi telah mohon kebenaran pemilik blog tersebut) SINI
Apa itu HADIS MUSALSAL?

gambar ehsan Goggle images
Artikel dari blog (lupa nak catat - nanti saya carikan sumbernya tetapi telah mohon kebenaran pemilik blog tersebut) SINI
Apa itu HADIS MUSALSAL?
Merupakan salah satu cabang ilmu hadis, salah satu daripada jenis-jenis hadis yang menceritakan tentang sanad ataupun hadis yang dinamakan berdasarkan masalah sanad bukan matannya. Oleh itu, hadis musalsal secara ringkasnya dan secara mudahnya dita’rifkan sebagai sebuah hadis yang mana diikat dari satu perawi ke satu perawi dengan sifat-sifat yang tertentu yang sama, contoh hadis musalsal awaliyah yang mana diikat dengan “أول ما سمعتُ منه”. Setiap perawi akan menyebutkan kalimah tersebut. Dan hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh syuyukhuna (guru-guru kami) yang terus sambung kepada Saiyyidina Abi Qatadah r.a yang mana daripada sanad yang pertama syuyukhuna, sampailah ke Abu Sufiyyan bin Uyainah. Semuanya menyebutkan “awwaluma sami’tyu minhu” iaitu hadis yang pertama kami dengar berkenaan dengan hadis-hadis musalsal daripada syuyukhuna. Bererti perawi selepas Abu Sufiyyan sehinggalah Abi Qatadah tiada tasalsul di situ, tiada tasalsul dari sudut “awwalu ma sami’tu”. Maka sebab itu di sana terdapat ulama’ menyatakan dalam sanad tersbut “فيه تسلسل انقطاعًا” maknanya ada انقطاع iaitu terputusnya dari sudut tasalsul berdasarkan awaliyyah sampai ke Rasulullah tetapi dari sudut perawi yang meriwayatkan kepada kita dan terus kepada Saiyyidina Abu Sufiyyan bin Uyainah masihlah sama diikat berdasarkan taslsul iaitu “awwalu ma sami’tu minhu”, itulah sebagai salah satu contoh.
Contoh-contoh lain yang dikatakan tasalsul diikatnya perawi-perawi antara satu demi satu atas satu sifat atau satu keadaan yang sama seperti ketika mana baginda meriwayatkan hadis kepada para sahabatnya dalam keadaan memegang janggut baginda lalu para sahabat yang meriwayatkan hadis tersebut juga akan memegang janggutnya. Maka sifat-sifat inilah yang mengikat dari satu perawi kepada satu perawi yang menyebabkan hadis tersebut adalah digelar sebagai hadis musalsal. Dan ada jenis hadis musalsal yang berbentuk zamani yang mana ianya tertakluk pada waktu-waktunya seperti musalsal yaumul asyura, yaumul arofah, aidilfitri, dan lain-lain. Dan ada juga hadis musalsal yang berbentuk umum diikat dengan sifat-sifat tertentu seperti mana baginda suka memakan labu, memotong kuku pada hari Khamis dan lain-lain yang mana sifatnya berterusan tanpa terputus.
***Anekdot
Sijil yang ustaz berikan kepada setiap yang hadir dalam majlis tersebut. Saya belum tulis nama sebab nak cari pen khat.
***Anekdot
Sijil yang ustaz berikan kepada setiap yang hadir dalam majlis tersebut. Saya belum tulis nama sebab nak cari pen khat.
No comments:
Post a Comment