Letak gambar yang siap dimasak dulu...
baru gambar periuk
selepas dimasak
Resipi
1 ekor ayam
1 sudu makan mayonis
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan cili kisar
1/2 jus lemon
2 bawang besar
2 biji tomato
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
garam, gula
- kisar bawang, tomato, serai, kunyit, halia
- perap semua bahan lebih kurang 30 minit atau lebih
- masak dalam periuk ajaib
- jangan terbalikkan periuk, sebalikan balik-balikkan ayam dengan sudip supaya kuah tidak tertumpah (jika banyak air dan perlukan kuah)
- masak hingga ayam empuk atau kuah menjadi pekat
- jika suka, masak lebih lama lagi supaya kering kuahnya
* Saya masak 20 minit menggunakan api agak kuat.
periuk ajaib x de, yg x ajaib adalah. boleh cuba buat dgn periuk x ajaib x??
ReplyDeleteboleh je... cuma periuk ajaib ni.. cepat masak. Utk seekor ayam lebih kurang 15 minit guna api kuat. Kalau ikan sebelah 5 minit je, jgn lebih sebab ikan jadi kering. Cepat, mudah dan periuk tak hitam walaupun tertumpah kuah, cuma lalukan span je.. siap bersih. Cewah tlg promote pulak - untung Sykt. Menang
ReplyDelete