Tuesday, August 28, 2012

periuk ajaib - ayam mayo

... ramai yang melawat blog saya ni pada tag 'PERIUK AJAIB'. Ini satu lagi masakan yang dihasilkan pada Ramadan lepas.

Letak gambar yang siap dimasak dulu...


baru gambar periuk


sebelum dimasak


selepas dimasak


Resipi
1 ekor ayam
1 sudu makan mayonis
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan cili kisar
1/2 jus lemon
2 bawang besar
2 biji tomato
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
garam, gula
- kisar bawang, tomato, serai, kunyit, halia
- perap semua bahan lebih kurang 30 minit atau lebih
- masak dalam periuk ajaib
- jangan terbalikkan periuk, sebalikan balik-balikkan ayam dengan sudip supaya kuah tidak tertumpah (jika banyak air dan perlukan kuah)
- masak hingga ayam empuk atau kuah menjadi pekat
- jika suka, masak lebih lama lagi supaya kering kuahnya

* Saya masak 20 minit menggunakan api agak kuat.

2 comments:

  1. periuk ajaib x de, yg x ajaib adalah. boleh cuba buat dgn periuk x ajaib x??

    ReplyDelete
  2. boleh je... cuma periuk ajaib ni.. cepat masak. Utk seekor ayam lebih kurang 15 minit guna api kuat. Kalau ikan sebelah 5 minit je, jgn lebih sebab ikan jadi kering. Cepat, mudah dan periuk tak hitam walaupun tertumpah kuah, cuma lalukan span je.. siap bersih. Cewah tlg promote pulak - untung Sykt. Menang

    ReplyDelete