Saturday, September 8, 2012

Menara Condong

... di Teluk Intan (dulu dikenali Teluk Anson). Kami sampai sekitar 11.00 di bandar Teluk Intan dan untuk menghadiri kenduri masih awal lagi. Dari awal lagi kami memang bercadang untuk sampai awal sebab saya hendak sangat tengok pisa tower di Malaysia ni he he he. Hajat saya tercapai juga akhirnya, cuma ketika kami sampai hujan lebat, malah sepanjang perjalanan dari KL lagi hujan lebat dengan awan gelap seperti waktu senja.

Apabila terpandang je terus nak bergambar juga walaupun dalam hujan. Nasib baik kameramen sorang ni tolong jugalah memenuhi hajat saya ni. Kami redah juga hujan semata-mata keranamu PISA - Sue & Usha sekadar di bangunan kedai je.

Kami bercadang untuk datang semula selepas kenduri. Selepas berposing ala kadar - Sue sempat membeli-belah baju ke-21 raya (sebab 21 Syawal) he he he, jangan marah Sue.

SESI PAGI - posing juga kut driver tak bawa petang nanti





nampak jelas bangunan senget







SESI PETANG - posing lagi!

Tak sah namanya kalau datang Teluk Intan tak berposing di pisa ni. Ramai yang bergambar petang ni setelah reda (seriyat) hujan. Ramai jugalah, ye le banding dengan pagi tadi yang hujan...









he eh depa ni pun sengget le...


jangan Minah sengget ye!


hiasan yang terdapat di dalam pisa












bumbung setiap tingkat sama (zoom kamera ayam)
ada orang tu punya DSLR!
lain kali bawa ye



No comments:

Post a Comment