Wednesday, September 19, 2012

kelas renang

Berita baik untuk Sepawan!

Tadi ketika bersiap untuk turun ke kolam, saya terdengar seorang pelajar minta petugas ajarkannya berenang. Beliau telah bawa pakaian renang, saya tak dengar butir bicara mereka tetapi selepas selesai berenang saya tanyakan mengenai kelas renang. Mereka minta saya tuliskan nombor telefon, mungkin katanya dalam masa terdekat. Ketika menurunkan nombor telefon, saya nombor empat. Bayaran RM200.00 untuk orang luar dan kelas biasanya hari Sabtu atau Ahad (dua sesi). Tak pasti pula kalau peserta tak ramai mungkinkah kelas dijalankan dalam dua sesi?

 Sepawan - TUNGGUUU...!


Mak Aji - JOMLAH!

Wan & Mak Aji - Mulalah mencari baju renang. Pelajar di sini pakaian renang mereka cantik-cantik belaka. Kebanyakannya two pieces yang ada skirt, ada hud dan labuh sampai lutut - potong payung. Sempat juga bertanya seorang pelajar dari Indonesia tahun dua jurusan ekonomi, katanya dibeli dari seorang pelajar Malaysia. Nanti saya tanya pengawal kolam sebab bajunya pun cantik.


***Anekdot
Kelmarin nombor 0642 - saya je orang luar dan saya je MAK CIK he he he


3 comments:

  1. Moni,aku baju dah lama beli..tahun lepas lagi..harap masih muat. Shimah! Jom kita pi berenang. FYI,aku jenis takut kat air..harap depa boleh ajar untuk spesies aku ni..

    ReplyDelete
  2. Beli kat mana? I ni rasa xpi kelas kut sebab tak sempat

    ReplyDelete