Wednesday, September 26, 2012

periuk ajaib - ikan masak rendang

letak gambar dulu...


kemudian periuk ajaib

.

..sebenarnya tak tahu nak beri nama tetapi memandangkan ada ciri-ciri resipi rendang, maka dapatlah dia nama ni!

susun ikan dalam periuk 
panjang sangat kena kona sikit


sebelum dimasak


selepas 10 minit - balikkan ikan


tabur sayur masak 10 minit lagi


selepas 20 minit dimasak



hidangkan


Resipi:
2 ekor ikan susu (potong 3)
3 bawang besar - kisar
2 serai - kisar
2 inci lengkuas - kisar
1 sudu cili giling
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 kotak santan (200 ml)
12 cili padi sebiji-sebiji
garam
timun dan tomato (itu je yang ada)
- masuk ikan dalam periuk ajaib
- gaul semua bahan
- curah bahan atas ikan
- masak 10 minit
- balikkan ikan selepas 10 minit
- masuk sayur
- masak 10 minit lagi

susu @ bandang @ muluh

...IKAN tu lah Sue Kuching. Jenis ikan darat, saiz agak besar, banyak sisik tetapi halus. Sekilo RM11.00 dibeli di kedai runcit di Gombak Batu 7, mungkin di NSK lebih murah.

Orang Malaysia panggil - SUSU

Orang Jawa panggil - BANDANG (bunyi bandeng - e taling)

Orang Aceh panggil - MULUH



sisik berkilau seperti perak


bandingkan saiz


Monday, September 24, 2012

cuti cemas

...bumbung bocor, minggu ni hujan lebat makin ketara tirisannya. Sementara cuti sempat buat sesuatu yang tertangguh

kuah laksa untuk Adilah - isi sahaja


 kuah untuk Mak cik Asiah - blend kepala ikan


sup kepala ikan 


masak cili - juga untuk Kak Tipah 


kawan-kawan di utara kata sedap laksa dengan pulut udang/panggang
beli sebiji je untuk mencuba!


saya biasa makan dengan cucur udang


memang sedap! Sedap daripada cucur udang

Hairani - cuba cara ni pula



***Anekdot
Gambar cucur jagung - esok muat naik - dah malas la ni! Sebab nak tengok The Mask of Zorro yang tertengok pagi Sabtu sebelum ke kenduri di Astro (tak ingat channel mana). Goggle dan jumpa di You Tube - jom nak layan diri!

Sebenarnya laksa tak cadang nak buat tetapi bila berkunjung ke rumah makcik semalam; teringat dulu-dulu saya akan menghantar laksa kepada Mak cik apabila saya buatnya. Pagi ni bila terkenang kesihatan Mak cik cepat-cepat gagahkan diri.
Jagung kebetulan dah seminggu dalam peti sejuk, sebelum buruk saya hiris nipis dan buat cucur manis.
Cabai kering sudah sebulan terbengkalai dan dah nampak kulat putih sikit langsung kisar dan masak. Penuh pula peti sejuk hari ni!

Photoshop

projek berkumpulan - cerita lama 2010
dah tak ingat nak buat



overlap

saja ambil gambar cincin perkahwinan


star


star

Sunday, September 23, 2012

lawat Mak Cik Asiah

 Nampak gajet baru untuk yang tidak berupaya. Fungsi seperti crane, mudah dan selesa - disewa dengan harga RM400 sebulan...kalau beli RM8000





ceragem



kerusi roda

***Anekdot
Mk cik berusia 86 tahun, sakit sudah 2 bulan - masih tak boleh bangun tetapi boleh menyandar.  Selepas keduri rumah Awini saya dan Ainon meawat mak cik sebab baru tahu. Dah lama tak bersama jemaah surau Taman Permata sebab asyik ke Surau Al-Mustaqim.
Semoga mak cik semboh...

cekelat baru

...semoga Allah berkati usaha, penyembuhan datang dari-Nya, hamba hanya berikhtiar





Awini

...akan berangkat menunaikan ibadat haji Jumaat ini



di Hospital Tanglin




kek oren coklat badam

... tempek dulu (ikut Sue Kuching)






Resipi:
250 g mentega
250 g tepung kek
100 g gula halus
100 g coklat pahit - ricik halus (saya guna COTE D'OR)
50 g badam
50 g susu UHT
3 telur
1 sudu makan susu pekat
2 biji sunkist - parut
1 biji jus sunkist
- seperti buat kek
- masuk cecair
- akhir masuk coklat
- bakar 180C 40 minit

Saturday, September 22, 2012

Adam

...sambut hari lahir pertama di Denai Alam