Sunday, December 18, 2011
curry curlies
Resipi:
1 pek pastri puf - 750 gm (saya guna Pampas)
2 sudu makan mentega
1 sudu teh rempah kari
1 pek potato chip (saya guna Mister Potato, ramas - guna sedikit)
- Panas mentega sampai cair
- Masuk rempah
- Canai pastri
- Potong memanjang (saya penyek-penyek sebab masih tebal)
- Sapu mentega, tabur potato chip
- Twist pastri
- Letak dalam dulang
- Bakar 180 celcius selama 15 minit atau sampai keperang-perangan
***Anekdot
Gambar bawah sekali saya guna pastri jenama Kawan yang masih ada dalam simpanan. Cepat menyediakannya dan tempoh memasak juga singkat. Cuma melekit tu je la kalau nak malas pun... he he he
*Rasa - memang sedap, bukan saya sahaja kata begitu, Luqman, Farhah, Adilah dan Shasha (rakan Adilah) juga kata sedap. Aliaa, Nadia, Shah dan Mohsin juga kata sedap.
Resipi saya peroleh daripada majalah The Australian Women's Weekly yang saya beli pada tahun 1982 iaitu ketika baru bekerja. Kak Norlia Mohamed perkenalkan majalah ini tetapi saya cuma beli senaskhah ini sahaja. Pada majalah tersebut tidak ada langsung tarikh dan nombor atau siri keluaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment