Ketika saya kanak-kanak, bubur asyura ini dibuat secara membahagi-bahagikan tugas penyediaan bahan-bahannya seperti kacang tanah (goreng), kacang hijau (goreng, buang kulit dan rebus), jagung (rebus), keladi dan atau keledek (rebus), pisang, santan, gula, gula merah, tepung beras (ditumbuk dengan lesung tangan) dan sebagainya. Kemudian bahan-bahan ini dimasak secara bergotong-royong dan kemudiannya dibahagikan antara mereka yang menyumbangkan bahan-bahan dan selebihnya disedekahkan kepada jiran tetangga.
Ketika saya sampai di Surau Al-Mustaqim pukul 6.00 petang tadi, terdapat tiga setengah dulang bubur ini di ruang muslimat dan beberapa dulang di ruang muslimin. Anak-anak khariah 5C Lembah Keramat telah diagih-agihkan bubur asyura selepas solat Asar. Masih banyak lagi yang tinggal dan setelah selesai ceramah malam ini jemaah dari luar Lembah Keramat membawa balik bubur ini. Ramai yang dapat merasa dan inilah yang dikatakan barakah.
Zainol bungkuskan untuk saya
Fauziah simpankan untuk saya
saya hantar ke rumah Kak Tipah
selepas ceramah saya ambil beri kepada Gee
...beri kepada Mak Su
No comments:
Post a Comment