Monday, October 31, 2011

puding mempelam

Beli mempelam @ mangga Jumaat 21 Okt. (sudah 10 hari lamanya) kerana ada tetamu yang akan datang tetapi kemudiannya berhalangan. Rasa tertipu kerana mempelam ini masih muda dan "dipaksa" masak, 8 biji semuanya. Bila dikupas tiada empulurnya terus potong sampai ke tengah-tengah biji. Melalui resipi di internet saya ubah suai seperti membuat karamel.



Resipi:
3 biji mempelam
2 telur
4 sudu makan gula
2 cawan susu sejat (saya guna Ideal)
garam
* Blend semua
2 sudu makan gula perang
2 sudu makan air
* Letak gula perang dan air dalam bekas dan bakar dalam oven selama 5 minit atau sehingga gula cair.
Masuk bahan blend dan bakar 30-45 minit sehingga masak. Cucuk dengan lidi, lidi menjadi bersih apabila dikeluarkan - ayat biasalah tu he he he

***Anekdot
Girls kata sedap - bagi saya! OK lah.

No comments:

Post a Comment