tetapi bukan kembar siam
kerana terdapat memberan pemisah
***Anekdot
Ketika saya mengandung twins sehingga kandungan 5 bulan baru saya sedar yang kandungan itu kembar. Maklumlah tiga anak sebelum itu setahun sorang, jadi rasanya tidak ada masalah, cuma saya terasa kaftan ketat.
Sebenarnya saya telah membuat tiga kali temu janji dengan doktor di klinik Taman Melawati tetapi ada sahaja masalahnya - Dr tidak mahu pesakit lebih pukul 6.00 petang, Dr tidak datang dan Dr. ada kes kelahiran.
Hari itu ialah hari Jumaat, Kak Jit ingin mendapatkan rawatan di Klinik Dr. Choong, Bangunan KWSP. Saya pun ikut kerana belum pernah mendapat rawatan dan saya pun tidak menggambil sebarang pil tambahan.
Ketika sampai giliran saya, bilik rawatan untuk scan sedang digunakan ketika itu dan Dr minta saya baring untuk melihat posisi perut. Saya bergurau dengan Dr "Agaknya kembar." Dr. berkata secara melihat sahaja perut saya seperti kandungan satu sahaja.
Ketika scan Dr Choong terdiam dan dia terus beritahu saya "Ya, TWINS" tetapi beliau tidak membenarkan saya melihat kaca monitor dan nampak wajahnya panik. Datang dua orang jururawat melihat dan mereka nampak lebih excited daripada Dr Choong. Dr. minta mereka senyap buat seketika, saya pun rasa pelik tapi hairan saya tidak pula panik.
Agak 20 minit kemudian baru Dr. Choong menarik nafas "Huggg" dan baru mengizinkan monitor dihalakan kepada saya. Sebenarnya beliau sedang mencari memberan pemisah antara twins kerana tanpa membran ini dikuatiri kembar siam.
No comments:
Post a Comment